Syukur alhamdulillah, selesai da perayaan silat cekak 45 tahun. Bertempat Dewan Sri Negeri, Melaka pada 26hb jun 2010. Tahun ni Cawangan N.Sembilan dan Melaka bergabung menganjurkan perayaan ni. Alhamdulillah gak sebab aku terlibat dalam perayaan ni, rezeki yang susah nak dapat. Aku jadi hulubalang semasa perarakan utama, thanks to Amir yang ajak aku join. Pengalaman menjadi hulubalang/terlibat dalam perarakan memang berharga.
Seramai 1700++ ahli Persatuan Silat Cekak Malaysia (PSSCM) berkumpul bagi merayakan 45 tahun penubuhan Silat Cekak. Perayaan ni mempunyai 3 majlis iaitu majlis konvokesyen sijil rendah, mesyuarat agung dan majlis makan malam perdana. Bersama dan Bersatu adalah slogan bagi perayaan kali ni.
Majlis bermula dengan perarakan hulubalang masuk ke dewan bagi memulakan upacara istiadat perarakan. Termasuk aku, seramai 7 org hulubalang terlibat dengan perarakan ni. Selepas istiadat bermula, perarakan utama dimulakan dengan perarakan parang lading, panglima lading, srikandi-srikandi dan ketua istiadat.
Goyang gak la, 1st time terlibat dengan istiadat utama macam ni. Berdiri lame sampai berbekas karpet ngan capal. Ahli plak ramai, semua tertumpu pada hulubalang yang kat depan pentas. Pakai uniform hulubalang, macam pendekar daa...
Penat memang tak ingat nye, tido 2 jam je malam sebelum nye sebab latihan, tido dalam kete lak tu, malas nak g tempat penginapan, takut terlajak lak tido nanti. Yela, bile dapat tido atas katil mane nak ingat dunia kan..hehe
Sebelah petang mesyuarat agung bermula, aku ngan membe-membe lain tumpang tido jap kat umah seorang membe tu. Letak je kepala terus tak sedar, henfon kemana, majlis kemana. Makan malam perdana plak "grand" abis, kene pakai baju batik. Da macam Dato' la plak..Hahaha.. YDP Cawangan Melaka berpesan, dengan silat ni, manusia dapat berubah dari setan kepada ihsan. Memang betul ape yang dicakapkan tu. Alhamdulillah, sejak masuk silat ni, aku dapat kawal diri aku, banyak yang dapat diubahkan. Dengan silat ni aku dapat ubah perangai yang tak brape elok tu kepada elok. Abis majlis kol 2 am, walaupon da larut malam, tapi semua semangat sebab sebelum penutup, lagu silat cekak - warisan mutlak dinyanyikan dengan penuh semangat.
Abis je majlis, terus gerak balik ke PD. mate da tak larat gile, tapi kesian lak kat membe, takkan aku nak tido, teman la die yang drive. Dengan ujan lebat dan ribut, sampai gak kat umah kol 4. Alhamdulillah. Tapi keesokkan nye yang tak sedap ialah penyakit datang menyerang. Demam+batuk+selesema=tak bangun gi keje, tak sedar. Sampai skang tak elok lagi ni.
Perayaan kali ni memang best dan bertuah. Mudah-mudahan tahun depan lagi meriah. kalo nak tengok beberapa gamba sepanjang perayaan ni, check my FB.
Salam...
Monday, June 28, 2010
Sunday, June 27, 2010
Hilangnya Cintamu
Pagi-pagi macam ni tetiba terasa jadi jiwang plak (atau aku sememangnya begitu). Mata mengadap tv tengok bola tapi telinge mendengar lagu ni. Lirik die memang kena.
Bila cinta kini.
Tak lagi bermakna
Yang ku rasa kini
Hanyalah nestapa
Ditinggalkan cinta masa lalu
Dulu kau tawarkan
Manisnya janjimu
Yang ku sambut itu
Dengan segenap hatiku
Bila engkau pergi
Tinggalkanku
Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Ternyata memilih
Cinta yang fana
Perginya dirimu
merobek jantungku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan
Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan
Uuu...
Dalam harapan
Thursday, June 24, 2010
Tagged from Far Across Havoc
~of course!!tidak hot~
2. Update wallpaper laptop yang anda guna sekarang?
3. Cerita pasal gambar ini
~hurm..korang pon rasenye da tau kan~
4. Kali terakhir makan pizza.
~2 minggu lepas time lepak petang2,brader blanje =)~
5.Lagu terakhir yg anda dgr.
~ wali band - kekasih halal ~
6. Apa yang anda buat selain menyelesaikan tag ini.
~ layan frenzyfm.my...tgk itali vs slovakia smbil tggu mase nak men futsal ~
7. Selain nama sendiri.anda di panggil dengan nama apa .
~ didie, dd7, abg dd, rifdi ~
8. Tag org?sape yg nak kena tag
~ KerabatChieko ~
~ Cah = ChaCha ~
~ Badang = Fendydendy ~
~ CintaMiya ~
~ FarahLee ~
9. Siapa orang number 1 pada anda
~ sahabatku ~
10. Katakan sesuatu pada orang number 5
~ die ni awek Chieko ~
11. Number 3 ada hubungan dengan siapa.
~ ntah la, aku pon xtau ngan sape die ade hubungan, aku tgk asik tukar2 jek..wakaka ~
12. Bagaimana pula dengan org number 2
~ die ni mcm membe baik daa, skejap cam adik skejap cam kaka, ikut keadaan =) kdg2 masing2 mintak pendapat kalo ade sumtink yg xkena ~
13. Kata-kata cinta pada orang number 4
~ yunk..da makan ke blom, xyah diet2 k..hehehe ~
14. Berikan 5 fakta tentang orang yang anda tag
~ sume ngam ngan aku, 1 kepala ~
~ 2 orang adalah SakuraSons, 3 org lg membe2 dari frenzyfm.my ~
~ dieorg lg mude dari aku..hahaha ~
~ sume kaki internet ~
~ 3 orang kaki main poker kat FB lg 2 org x =) ~
Pesanan Ringkas:
thanks kaka far sbb tagged dd =) name2 yg atas ni xreti2 nak jawab soklan2 cam aku jawab ni?hehehe (*,*)v
Ramuan ubat pencuci dosa...
Hassan Basri telah bercerita bahawa suatu hari dia bersama seorang pemuda ahli ibadah berkeliling melalui jalan-jalan kecil dan beberapa pekan di negeri Basrah.
Tiba-tiba ia bertemu dengan seorang tabib yang sedang duduk diatas sebuah kerusi, di hadapannya ada beberapa orang lelaki, perempuan, dan kanak-kanak yang sedang memegang botol berisi air di tangan mereka. Setiap orang meminta tabib itu menyebutkan ramuan ubat bagi penyakit masing-masing.
Hasan Basri mara ke depan tabib itu dan berkata: Tuan tabib! Adakah tuan mempunyai ubat yang boleh mencuci dosa, serta menyembuhkan penyakit hati?".
Berkata Tabib itu: "Ya, saya ada". Lalu pemuda itu berkata: "Berilah pada saya".
Berkata Tabib itu: "Ambillah dari saya sebagai ramuannya sebanyak 10 perkara iaitu:
1. Ambil oleh mu akar kayu fakir dan akar kayu tawaduk
2. Campurkan dengan pencuci kotoran perut bernama taubat.
3. Lalu masukkan semua ke dalam lesung redha
4. Giling sampai halus dengan pengetam Qana'ah.
5. Kemudian masukkan ke dalam periuk taqwa
6. Tuangkan ke dalamnya air hayak (malu).
7. Lalu didihkan dengan api mahabbah (cinta).
8. Selepas itu pindahkan dia ke dalam mangkuk syukur
9. Kipaskan dengan kipas angin rajak (harapan).
10. Kemudian minumlah dia dengan sudu pujian.
Jika engkau perbuat semua itu, maka dia bermanfaat bagimu, untuk melindungi dirimu dari semua penyakit serta bala di dunia dan di akhirat".
"Ya Rabb kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada
kesesatan setelah engkau beri petunjuk kepada kami." (Ali Imran :
250)
*** Jika sekiranya kawan-kawan ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada kawan2 yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW 'Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat'. Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
1) Sedekah/amal jariahnya
2) Doa anak-anaknya yang soleh
3) Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.
Wednesday, June 23, 2010
10 perkara yang dapat 10 perkara
Sabda Rasulallah S.A.W yang bermaksud:~
Sepuluh perkara yang dapat sepuluh perkara.
1. Surah AL-FATIHAH akan mencegah drpd kemurkaan Allah.
2. Surah YASIIN akan mencegah drpd kehausan pada Hari Kiamat.
3. Surah AD-DUKHAN akan mencegah drpd ketakutan pada Hari Kiamat.
4. Surah AL-WAQIAH akan mencegah drpd kefakiran.
5. Surah AL-MULK akan mencegah drpd seksa kubur.
6. Surah AL-KAUTSAR akan mencegah drpd permusuhan.
7. Surah AL-KAFIRUN akan mencegah drpd kekufuran ketika dicabut ruh.
8. Surah AL-IKHLAS akan mencegah drpd kemunafiqan.
9. Surah AL-FALAQ akan mencegah drpd perbuatan hasad bagi orang yang suka melakukan hasad dengki.
10. Surah AN-NAS akan mencegah drpd kewas-wasan.
***Sepertimana sabda Rasulullah SAW 'Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat'. Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
1) Sedekah/amal jariahnya
2) Doa anak-anaknya yang soleh
3) Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.
Tuesday, June 22, 2010
Fesyen Tudung
Assalamualaikum semua..disini ade sedikit info..
bersanggul arab? trend ni memang dah jadi ikutan ramai.. dari celebrity sampailah makcik-makcik yg nak g kenduri kawen..before ni nk juge menulis tentang ini tapi agak takut..ye lah mane lar tawu ade readers yg xbrape nak suke..tapi lepas tgok hal semakin menjadi2 plus ade blogger yang mula mengkritik so rasenye elok untuk berkongsi ilmu..
orang malaysia sudah pandai hendak kelihatan macam makcik-makcik arab yg selalu kita nmpak kat KLCC tuh..apetah lagi ramai celebs yg cantik2 menggayakan..lagi lar teruje tgok..wow..cantiknye..bg yang berambut pjg okehlah..teros boleh buat bun asli..tapi bg yg berambut pendek, ade pulak alternatif..terdapat butik-butik muslimah yg menyediakan fake bun ni.. selalu nmpak iklan ni dlm majalah segala..huhuhu
saye tau saye pon belum sempurna dlm pakaian menutup aurat ni..tapi cume setakat nak berkongsi, ape yg pernah diajarkan..
ini bukan cakap-cakap kosong
dalam satu hadis Rasulullah:
“ akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka( isteri mereka atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang ( nipis&ketat). Di atas kepala mereka pula(wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat”
- hadith riwayat Ahmad, jil.2, ms. 223.
Rasulullah s.a.w bersabda:
“dua golongan penghuni neraka yang mana aku sendiri belum pernah melihat keadaan mereka didunia: golongan yang membawa cemeti seperti seekor lembu lalu menggunakannya untuk memukul manusia dan juga kaum wanita yang berpakaian seperti bertelanjang, menggoyangkan badan dan berlenggang-lenggok, kepala mereka ada suatu seperti bonggol di kepala unta yang bergoyang-goyang. Mereka tentu tidak akan memasuki syurga atau mencium baunya sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak perjalanan begitu dan begini”
–hadith riwayat Muslim. Hadith no 212-
renung-renungkan ye
**copy dari blog seorg sahabat..
Jika sekiranya kawan-kawan ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada kawan2 yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW 'Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat'. Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
1) Sedekah/amal jariahnya
2) Doa anak-anaknya yang soleh
3) Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.
Sunday, June 20, 2010
Kenangan...
Petang tadi aku teman membe aku anta adik die balik matrik Kuala Pilah. Sepanjang perjalanan berbagai-bagai ingatan kembali datang. Ade gak perubahan sepanjang perjalanan ke Kuala Pilah. Sekarang da ade ‘highway’ ke sane, da tak gune Bukit Putus je lagi daa. Bukit Putus sunyi je aku tengok, da takde kenderaan lalu, sepi... Terpiki gak aku, keadaan Bukit Putus macam same je ngan aku. Nasib kami same mungkin. Bukit Putus da ade alternative lain, aku???
Lalu Ulu Bendul, membuatkan aku terpiki lagi. Sekarang da ramai, tak macam dulu. Keadaan masih sama cume ade pertambahan 1 bangunan. Masih bertahan Ulu Bendul. Kan bagus kalo sepertinya.
Lepas da sampai ke Tanjung Ipoh, aku perasaan satu tempat!!! Ya, ade lagi teratai putih di tasik tu. Same keadaan nye seperti dulu time aku ade kat sane. Teratai putih begitu setia di sana. Hati aku berbelah bagi, macam-macam perasaan datang. Alangkah bagusnye kalo keadaan aku same macam teratai putih tu. Aku berjanji, teratai putih tu tetap aku akan kotakan, walaupun bukan seperti dijanjikan, namun aku akan buat untuk aku kerana mungkin itulah yang dapat mengingatkan aku tentang segala peristiwa yang terjadi.
Lalu depan UiTM Kuala Pilah, tempat aku belajar erti pembelajaran yang sebenar dan erti perhubungan yang serius. Sepi jugak, adess.. Kenapa semua sepi ni?
Lepas anta adik membe aku ke matrik, singgah sebentar kat ‘bustand’ Kuala Pilah. Ingat nak pekena cendol, da lame tak pekena. Faveret aku ketika aku belajar kat sane. Tiap-tiap minggu mesti kene. Tapi takde rezki, tutup plak. Tengah lepak sambil menyedut asap, termenung memikirkan kenangan. Ceh, cendol pun bley jadi kenangan ke Muhammad Rifdi?
Lepas maghrib bertolak balik, jalan sesak. Pemandangan biasa di Kuala Pilah kalo hari ahad. Teringat lagi dulu selalu balik UiTm naik bas malam-malam. Amik last bas, saje nak balik malam. Hurm... Memang pahit untuk ditelan.
Sebelum masuk ‘highway’, ade simpang ke Bukit Putus, same gak keadaan ketika aku dating tadi. Tetap sunyi. Paham la aku. Biarpun Bukit Putus sunyi, namun tetap akan diingati orang sampai bile-bile oleh jasanya. Sama seperti aku. Peristiwa dan kenangan tetap akan diingati. Tidak sesekali orang akan melupakan Bukit Putus.
Aku harus belajar dengan Bukit Putus, walaupun sunyi, die tetap gah dengan cara die tersendiri, dengan cerita-cerita tersendiri. Teratai putih, aku tetap dengan janjiku. Aku harap teratai putih bersabar, jangan biarkan keadaanmu seperti tuanmu, sekadar berjanji...
Kuala Pilah, aku takkan melupakanmu... Da nak turun Bukit Putus, terdengar lagu Lefthanded - Ku dihalaman rindu...
Berdiri aku di halaman rindu
Dihembus kenangan lalu
Menjelmalah seraut wajah
Sekuntum bunga yang pernah ku puja
Tapi layu akhirnya
Ingin ku tembus tembok silam
Dan membaiki kesilapan kita
Yang tiada kita rasa
Dahulu maaf tak bererti
Darah muda menguasai diri
Begitu mudah membenci
Ku di halaman rindu
Hanya berteman
Bunga yang layu
Ku di halaman rindu
Tiada harum
Tiada madu
Oh kesalku membeku di kalbu
Am i sentimental??? Am i sensitive?? YES!!!
Thursday, June 17, 2010
didieseven life
Salam... Lame tak update, skang ni busy ckit, da kurang mase nak layan tenet je. Keje plak tak tentu, ikut bos, kalo die nak cuti, kiteorg pon cuti laa.. Tak dapat nak plan gi jalan-jalan ke. Nasib baik bos jenis yang baik, kalo tak da lame kene maki, hehe..
Da abis blaja ni, secare otomatik kitaran idup pon da berubah. Jadual harian kembali normal. Pagi g keje balik petang, malam lepas dinner lepak studio (jamming+lepak) kecuali malam isnin n rabu, ade kelas silat. Tengah malam sikit lepak plak kat kedai minum sampai awal pagi. Dalam kol 4 baru la tido dan bangun pagi. Macam tu la kitaran idup ku yang normal =) Lepak lame-lame pun bukan lepak kosong, selalunye bertukar-tukar ilmu, maklum la, masing-masing bidang lain-lain, berbeza jarak umo. Alhamdulillah setakat ni berguna gak buang masa di kedai minum, dapat ilmu baru, dengar pengalaman membe-membe yang lebih tua.
Kadang-kadang dapat gak curi mase nak layan internet terutama FRENZYFM.MY
Lepak-lepak kat sane, dapat rileks kan otak, ilangkan stress+penat, dan yang paling penting bley hepi =)
Lepas da abis blaja ni aku rase badan da naik, kurang bersukan..hahaha.. Skang ni baru nak aktif balik ngan futsal. Lawan ngan team budak-budak hotel kat PD ni. Harap nak men ngan membe-membe SAKURA (kerabat2), takde laa, masing-masing jauh.. Ntah bile la dapat main futsal same-same lagi. Harap persahabatan yang ade ni tak putus. Insyaallah...
-dd7-
Friday, June 11, 2010
Result Final Sem..Yeah
Alhamdulillah,syukur kepada Allah S.W.T atas kurniaan rezeki nye, aku berjaya mengabiskan diploma. Setelah 3tahun belajar kat tempat orang, abis gak. Walaupun tak setinggi yang aku harapkan, tapi alhamdulillah lepas gak 3 pointer. Syukur padaMu Ya Allah. Terima kasih ibu/ayah yang banyak berkorban untuk anaknye belajar ni. Walaupun banyak dugaan, selesai gak study aku ni. Segala susah payah mereka berbaloi gak dengan aku abiskan diploma ni 'on-time'. Thanks membe-membe yang banyak tolong aku sepangjang aku ade kat Uitm Sarawak especially Sakura-Sons, classmates aku dan membe-membe yang lain. Segala jasa korang takkan aku lupekan. Mesti aku rindu korang!!! Lagi-lagi Sakura-Sons, mesti rindu gile nak main futsal ngan korang, nak kuar ngan korang, nak main lucky ngan korang, nak menyelam bersama, memotong sayur bersama dan berbulan puasa bersama, tak dapat la aku nak folo korang beli juadah berbuka puasa bersama. korang bukan membe lagi da, korang aku da anggap SAHABAT. Susah senang bersama. Thanks Kerabat Chieko, Badang (fendydendy),SOA, Adib, Fahmi, Wak, Boll, Agieb, Kappa, Aap, n lain2 (sori xdpt nak sebut sume,rmai sgt sahabat/sakura-sons).
3 tahun di Sarawak banyak mengajar aku erti kehidupan, pergaulan dan perhubungan. 3 tahun ni gak la aku menunggu, macam yang dijanjikan, tapi skang da 3 tahun, aku da abis,janji ntah kemana. rugi? Jauh sekali cume ade sedikit kekesalan. Biarlah, da lepas biarkan lepas. Aku akan mulakan hidup baru dengan semangat baru.
Gembira da abis blaja, mule memikirkan cabaran akan datang. Insyaallah, aku takkan ulangi kesilapan yang same. Salam
-Dd7-
Thursday, June 10, 2010
Orang kata...
ORANG KATA.. enjoy sementara muda,
hidup panjang lagi,
dah tua nanti tobatlah.
ATUK KATA.. orang muda hidup memang baru bermula,
tapi belum tentu masih panjang lagi,
entah esok lusa Izrail datang menjemput.
AKU RASA.. betul jugak tu..
ORANG KATA.. exams tu susah,
kena banyak sacrifice,
constant study..past year papers..etc..etc..etc..
ATUK KATA.. exams tu senang aje,
dah ada tarikh untuk diuji,
dah ada syllabus untuk diikut,
kalau ajal.. entah bila siapa pun tak tahu,
byk pula tu peringkat ujiannya,
Munkar Nankir, Neraca Mizan, tayangan slide..
AKU RASA.. betul jugak tu..
ORANG KATA.. have fun on your birthday,
panggil kekawan and sedara mara,
berpartylah sepanjang malam,
make it a memorable one!!
ATUK KATA.. setiap hari jadi, kita semakin hampir,
hampir setahun dengan kematian,
setahun lagi diberi peluang utk beramal, bertaubat..
AKU RASA.. betul jugak tu..
ORANG KATA.. kerja mesti sungguh-sungguh,
beli rumah besar, kereta mewah, makan lazat..
baru hati puas!
ATUK KATA.. ye ke hati dah puas??
dah cukup ibadah nak tempah kubur luas-luas?
dah siap kenderaan meluncur Siratul Mustaqim?
dah cukup zikir untuk santapan rohani?
dah cukup amal nak 'book' tempat Al-Firdaus?
AKU RASA.. betul jugak tu..
ORANG KATA.. successful people have a good time management,
ada bisnes di kl, new york, tokyo..
masih sempat berkempen utk pilihanraya,
masih sempat melepas lelah di disko dan karaoke,
masih sempat layan blog,facebook,chat,etc
masih sempat pasang perempuan 2-3,
baru orang boleh respect!
ATUK KATA.. setiap manusia dapat 24 jam dlm sehari, tapi..
ada masa ke utk sujud di sejadah 5 kali sehari semalam?
ada masa ke nak selak Al-Quran sekali seminggu?
ada masa ke nak jenguk ibu ayah di kampung,
sekali dalam seminggu, atau sebulan, atau setahun?
AKU RASA.. err..betul jugak tu..

Wednesday, June 9, 2010
Second Interview di MBMB
Alhamdulillah, selesai sudah interviu ke-2 di Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB). Seramai 14 orang berjaya ke interviu ke-2 ni untuk mengisi 6 kekosongan Pen. Peg. Kesihatan Persekitaran (PPKP). Giliran aku ke 7,walaupun da prepare awal-awal tapi ade sikit goyang la sampai name tempat latihan praktikal pon aku lupe padahal punye la senang – Pejabat Kesihatan Daerah.. Hehe, mane tak nye, 5 orang panel untuk interviu kali ni. Budak-budak sebelum aku ditanye macam-macam soalan, kebanyakan nye pasal politik tanah air. Lansung takde soalan isu semasa. Aku pun da ready la untuk jawab soalan-soalan pasal politik, ingat bley bagi abis-abis la tapi bile turn aku, amik ko... Sekali die tanye pasal diri sendiri. Terdiam gak aku, tak sangke soalan tu die bley tanye. Abis aku, soalan tu betul-betul buat aku terkedu. Hahaha.. Tu la, ko ingat die tanye soalan biase-biase je ke.. padan muke ko Muhammad Rifdi.. And then die tanye pasal ape yang da blaja, pasal water treatment alhamdulillah aku dapat jawab, tapi soalan pasal Safety and Health tak dapat. MSDS – aku akan ingat ko sampai bile-bile!!! Apepun aku da bagi yang terbaik dan termampu, harap ade rezki di MBMB. Insyaallah...
Sunday, June 6, 2010
ViVa La Palestin
Sayu, marah, geram, sakit hati dan kecewa apabila melihat berita tentang bantuan kemanusiaan yang diserang Israel. Yahudi laknatullah telah melampau, TETAPI APA TINDAKAN NEGARA KUASA DUNIA? APA TINDAKAN NEGARA-NEGARA ISLAM? HANYA SEKADAR MENGECAM? CUKUPKAH? HANYA SEKADAR BERCAKAP? SEKADAR MELUAHKAN RASA KESIAN, MARAH DAN GERAM? MANA DIA SUARA-SUARA YANG LANTANG MENGUTUK YAHUDI? SEKADAR MENGECAM DAN KEMUDIANNYA SENYAP HILANG ENTAH KE MANA? KENAPA TIDAK KENAKAN TINDAKAN EKONOMI, SEKATAN EKONOMI TERHADAP ISRAEL LAKNATULLAH? Jika Iran dikenakan sekatan ekonomi hanya kerana tidak mahu tunduk kepada kuasa-kuasa dunia disebabkan pemprosesan uranium (nuklear), kenapa tidak berani buat perkara yang sama terhadap Israel laknatullah? KENAPA? Jika berperang menggunakan senjata, mungkin kita umat islam tidak mampu memerangi mereka. TETapi kita sebagai umat Islam, marilah kita berdoa. Sesungguhnya doa itu senjata umat Islam. Marilah kita berdoa untuk keselamatan saudara-saudara kita yang ditindas/ diseksa/ ditawan oleh Yahudi laknatullah.
Bismillahirrahmanirrahim...
Ya Allah, Yang memiliki segala Keagungan dan Kebesaran. Ya Allah, Yang Maha Berkuasa, Yang Maha Agung, Yang Maha Besar, Yang Maha Tinggi, kami memohon Keagungan dan KebesaranMU. Dan kemenangan bagi seluruh mujahidin yang berjuang pada jalanMu. Ya Allah, tetaplah di sebelah mereka dan bersama-sama mereka. Anugerahkanlah kejayaan, dan perkukuhkanlah kedudukan mereka. Ya Allah, satukan wawasan mereka, tetapkanlah sasaran senjata mereka, dan teguhkanlah kata-kata mereka, Ya Allah, cekalkanlah hati-hati mereka. Ya Allah, uruskanlah dan musnahkanlah musuh mereka. Ya Allah, sebagaimana Engkau telah menghantar burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepadaMu Ya Allah, turunkanlah bantuanMu kali ini kepada umat Islam di Palestin khususnya, dan kepada umat Islam di seluruh muka bumiMu yang mana mereka ditindas, ditawan, dizalimi dan diseksa. Ya Allah, turunkanlah bantuanMu. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa Ya Allah. Kami memohon kepadaMu Ya Allah. Ya Allah, uruskanlah dan musnahkanlah musuh mereka, musnahkanlah Yahudi laknatullah.
Ya Allah, betapa sukarnya untuk menghulurkan bantuan kepada saudara-saudara kami di Palestin. Ya Allah, hancurkanlah Yahudi laknatullah. Hanya untuk menyampaikan bantuan kemanusiaan, para sukarelawan diserang seperti mereka itu pengganas. Ya Allah, selamatkanlah saudara-saudara kami yang ditawan, berikanlah kekuatan mereka untuk menghadapi dugaanMu. Engkau selamatkanlah mereka Ya Allah. Ya Allah, usirkanlah perhimpunan orang kafir, hancurkanlah integriti mereka, lemahkan kekuatan mereka dan tanamlah ketakutan ke dalam hati mereka. Ya Allah, nasib kami di tanganMU, dan urusan kami akan dikembalikan kepadaMu, dan keadaan kami tidak dilindungi dari pengetahuanMu, kepadaMu kami serahkan kesengsaraan kami, dan jiwa kami, dan kepadaMu kami mengadu, kepadaMu dan hanya kepadaMu kami mengadu tentang kekejaman mereka yang menindas. Hanya kepadaMu Ya Allah, kami mengadu tentang kekejaman dendam Yahudi.
Ya Allah, dendam golongan Yahudi telah berterusan jauh. Ya Allah, kirimkan mereka tangan-tangan kebenaran untuk mengangkat dengannya penghinaan kami, dan untuk mengembalikan kepadaMu penghormatan kami, dan memusnahkan musuh kami dengannya. Ya Allah, Kau kirimkanlah kekuasaanMu terhadap Yahudi laknatullah. Ya Allah, kami menyedari tentang mereka,mereka menyebarkan fasaad di bumiMu Ya Allah.
Dan mereka membunuh hambaMu, dan mereka menghina agamaMu. Ya Allah, kirimkan kekuasaanMu menentang mereka. Ya Allah, kirimkan kekuasaanMu menentang mereka, Ya Allah, hantarkan kepada mereka rebut kaum Aad, dan tangisan kaum Thamud, dan taufan kaum Nuh. Ya Allah, hantarkan kepada mereka sesuatu yang diturunkan dari langit, dan dari apa yang keluar dari bumi, Ya Allah, Engkau pecah belahkan Negara mereka dan pisahkan lah mereka. Ya Allah Yang Maha Hidup dan Maha Berkuasa, Engkau tundukkan lah mereka di bawah genggaman hambaMu, Engkau tundukkan lah mereka Ya Allah.
Ya Allah, bebaskanlah saudara-saudara kami yang ditawan. Ya Allah, bebaskanlah mereka, berikanlah mereka kekuatan, teguhkanlah iman mereka, Ya Allah, jadikanlah segala kemungkinan untuk mereka, Ya Allah, urusilah orang-orang yang menyiksa mereka. Ya Allah, hapuskanlah golongan Yahudi dengan kuasaMu dan kekuasaanMu.
Ya Allah, jadikanlah perancangan Yahudi menentang kami sebagai sebab kepada kehancuran mereka. Dan kelicikan mereka sebagai kelicikan terhadap mereka. Ya Allah Tuhan sekalian alam, Yang Maha Hidup, Yang Maha Berkuasa, Yang Maha Besar dan Yang Maha pengasih, Yang Maha Mendengar segala doa, Yang terdekat untuk menerima doa, kami berdoa kepadaMu, menyedari janji-janjiMu, dan penerimaanMu, kerana Engkau telah berfirman adn kata-kataMu adalah benar:”mintalah kepadaKu, Aku akan menerima permintaanmu”, Ya Allah, terimalah doa kami.
Ya Allah Yang Maha Kekal, Yang Maha Agung, Yang Maha Berkuasa di atas segala yang ada di langit dan di bumi, kami memohon agar Engkau selamatkan Al-Aqsa daripada kejahatan Yahudi, Ya Allah, bebaskanlah Al-Aqsa daripada setiap kegelapan hati orang-orang kafir, Ya Allah, rehatkanlah kami dalam membebaskan Al-Aqsa, dan kalahkan dendam Yahudi, Ya Allah Yang Maha Besar la Maha Pengasih, seluruh makhluk merendah diri kepadaMu, Ya Allah, Pencipta kami dari satu ruh, Ya Allah Yang Maha Tinggi kedudukanMu, Yang Maha Kuat, kami memohon kepada keagungan Islam dan Umat Islam.
Ya Allah Yang Maha Hidup, Yang Maha Berkuasa, Ya Allah, lindungilah para ulama yang bekerja keras, dan teguhkanlah mereka yang ikhlas menyeru manusia pada jalanMu, dan angkatlah kedudukan mereka yang menyeru kepada yang maaruf dan mencegah yang mungkar, dan anugerahkanlah keampunan yang sama kepada umat Islam yang menyertai mereka. Ya Allah, jadikanlah kesengsaraan destinasi Yahudi, Ya Allah, tukarkanlah kesihatan mereka kepada kesakitan, dan kekuatan mereka kepada penyakit, dan kekayaan meeka kepada kemiskinan, dan kekuasaan mereka kepada kelemahan.
Ya Allah, Terimalah doa kami, sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa ke atas tiap-tiap yang Engkau hendaki.
Amin Ya Rabbal Alamin...

Tuesday, June 1, 2010
Awak
Awak,
Ari ni awak nampak serabut,
Semua orang kutuk,
Tapi ada gak hati yang puji,
Jadi u can always count on me...
Awak,
Ari ni saya senyum kat awak,
Tapi awak jalan depan,
Jadi senyum pun tak guna...
Awak,
Ari ni awak tegur saya,
Tapi saya buat2 pekak,
Padahal nak elak dari tak boleh berhenti borak...
Awak,
Ari ni saya tegur awak,
Tapi saya tegur dalam hati,
Jadi awak tak pernah dengar ‘all the best and take care’ ari2...
Awak,
Ari ni berubah situasi,
Tapi saya still kat sini,
Padahal dah kosong tak berisi...
Awak,
Ari ni saya nampak awak lagi,
Tapi awak tak macam dulu lagi,
Dah berteman jadi saya terdiam sendiri...
Awak,
Ari ni saya dah janji...
Nak pergi tapi kenapa tak tau kenapa tak boleh pergi...
Awak,
Ari ni saya menyesal ade ego yang tinggi,
Tapi dah takde harapankat sini,
Jadi nak taknak terpakse sendiri...
Awak,
Ari ni saya teringat awak,
Saya tersenyum sendiri,
Tapi semua nye tinggal kenangan...
Ego saya tak tinggi,
Tapi kekuatan takde lagi...
Harap awak bahagia...
Subscribe to:
Posts (Atom)