Monday, June 28, 2010

Perayaan 45 Tahun Silat Cekak

Syukur alhamdulillah, selesai da perayaan silat cekak 45 tahun. Bertempat Dewan Sri Negeri, Melaka pada 26hb jun 2010. Tahun ni Cawangan N.Sembilan dan Melaka bergabung menganjurkan perayaan ni. Alhamdulillah gak sebab aku terlibat dalam perayaan ni, rezeki yang susah nak dapat. Aku jadi hulubalang semasa perarakan utama, thanks to Amir yang ajak aku join. Pengalaman menjadi hulubalang/terlibat dalam perarakan memang berharga.

Seramai 1700++ ahli Persatuan Silat Cekak Malaysia (PSSCM) berkumpul bagi merayakan 45 tahun penubuhan Silat Cekak. Perayaan ni mempunyai 3 majlis iaitu majlis konvokesyen sijil rendah, mesyuarat agung dan majlis makan malam perdana. Bersama dan Bersatu adalah slogan bagi perayaan kali ni.

Majlis bermula dengan perarakan hulubalang masuk ke dewan bagi memulakan upacara istiadat perarakan. Termasuk aku, seramai 7 org hulubalang terlibat dengan perarakan ni. Selepas istiadat bermula, perarakan utama dimulakan dengan perarakan parang lading, panglima lading, srikandi-srikandi dan ketua istiadat.

Goyang gak la, 1st time terlibat dengan istiadat utama macam ni. Berdiri lame sampai berbekas karpet ngan capal. Ahli plak ramai, semua tertumpu pada hulubalang yang kat depan pentas. Pakai uniform hulubalang, macam pendekar daa...

Penat memang tak ingat nye, tido 2 jam je malam sebelum nye sebab latihan, tido dalam kete lak tu, malas nak g tempat penginapan, takut terlajak lak tido nanti. Yela, bile dapat tido atas katil mane nak ingat dunia kan..hehe

Sebelah petang mesyuarat agung bermula, aku ngan membe-membe lain tumpang tido jap kat umah seorang membe tu. Letak je kepala terus tak sedar, henfon kemana, majlis kemana. Makan malam perdana plak "grand" abis, kene pakai baju batik. Da macam Dato' la plak..Hahaha.. YDP Cawangan Melaka berpesan, dengan silat ni, manusia dapat berubah dari setan kepada ihsan. Memang betul ape yang dicakapkan tu. Alhamdulillah, sejak masuk silat ni, aku dapat kawal diri aku, banyak yang dapat diubahkan. Dengan silat ni aku dapat ubah perangai yang tak brape elok tu kepada elok. Abis majlis kol 2 am, walaupon da larut malam, tapi semua semangat sebab sebelum penutup, lagu silat cekak - warisan mutlak dinyanyikan dengan penuh semangat.

Abis je majlis, terus gerak balik ke PD. mate da tak larat gile, tapi kesian lak kat membe, takkan aku nak tido, teman la die yang drive. Dengan ujan lebat dan ribut, sampai gak kat umah kol 4. Alhamdulillah. Tapi keesokkan nye yang tak sedap ialah penyakit datang menyerang. Demam+batuk+selesema=tak bangun gi keje, tak sedar. Sampai skang tak elok lagi ni.

Perayaan kali ni memang best dan bertuah. Mudah-mudahan tahun depan lagi meriah. kalo nak tengok beberapa gamba sepanjang perayaan ni, check my FB.

Salam...

No comments:

Post a Comment