6hb May 2010 – tercatat satu lembaran baru dalam hidupku.. Walaupun hanya sebagai ekstra,tetapi banyak pengalaman yang aku dapat dari situ.. Set pengambaran filem Baik Giler lakonan Zizan Raja Lawak.. Filem ini dijangka ditayangkan awal 2011... Pengalaman yang sungguh menyeronokkan dan mencabar mental serta kesabaran..selama dua hari di set pengambaran,bermacam kerenah dapat dilihat.. Kadang-kadang mencuit hati, kadang-kadang kebosanan yang teramat dan kadang-kadang memanaskan hati... Nasib baik ade rakan-rakan yang bersama aku,tak la aku kebosanan sangat..
Masa cuti ni aku boleh dikira aktif, dengan aktiviti silat, gathering Frenzyfm, konvokesyen silat dan berbagai lagi..macam mase tak banyak dihabiskan di rumah.. Alhamdulillah, dapat juga aku meluangkan masa menjenguk nenek dan atuk aku di kampong..lame tak jumpa sepupu dan anak buah, banyak yang da berubah,ade yang da matang dan paling menggeramkan anak-anak buah yang kecik lagi..abis aku lepaskan rindu sepuasnye kat dieorang..hahaha...sanak saudara berkumpul untuk majlis ulang tahun kelahiran atuk ku yang tersayang..meriah walaupun ade yang tak dapat hadir...BBQ paling best,aku bedal cukup-cukup kambing panggang..hehe..lame tak makan la katekan...
Bulan 5 ni maybe aku nak rehat dulu,bulan 6 baru cari keje part time sementara menunggu result keluar dan dapat mini transkrip..kalau da ade mini transkrip baru boleh mohon kerja tetap..insyaallah..mudah-mudahan result aku ok..Amin...menghabiskan masa bersama rakan-rakan di PD..lame tak lepak ngan dieorang..aktiviti setiap malam,lepak studio n then lepak kedai sampai awal pagi..da macam burung antu da..hahaha...apepun tak menyusah kan sape-sape,tu yang utamanye (*,*)v
Salam,
-dd7-
No comments:
Post a Comment