Monday, May 31, 2010

Gembira dalam sedih




Alhamdulillah, dapat gak aku ke 2nd interview di Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah pada 8 Jun 2010. Kali ni aku kene prepare awal dan lengkapkan semuanya, tak la jadi macam 1st interview aritu, kelam kabut, maklum la ‘last minute preparation’. Kene ready sebelum gi interview. Tapi dalam gembira mendapat berita ni ade lak berita sedih. Konvoi bantuan untuk Palestin diserang dengan tentera Israel di perairan Gaza. Semoga Allah memberkati dan memudahkan mereka untuk menghulurkan bantuan serta menyelamatkan mereka dari diserang tentera laknatullah itu. Ya Allah, selamatkan mereka, selamatkan lah perjalanan pergi dan balik mereka. Jauhkan lah malapetaka kepada mereka kerana mereka membawa bantuan untuk saudara kami di Palestin. Ya Allah, berikan lah kekuatan berterusan kepada saudara kami di Palestin untuk terus mempertahankan Al-Aqsa. Hadirkan lah sifat takut dan gerun dalam diri tentera Israel apabila berdepan dengan saudara kami di Palestin. Ya Allah, berilah kemenangan di pihak Islam. Amin Ya Rabbal Alamin...

1 comment:

  1. Insyaallah...
    Allah Maha Mengetahui..
    Kite kene bnykkan doa..
    tu je yg kite boleh buat...

    ReplyDelete