Lama da tinggalkan benda ni, da boleh dikatakan berhabuk daa.. Mungkin ni boleh dikatakan sambungan dari Part 1, Part 2 dan Part 3...
Lama sudah menyepi, kini kembali seperti sediakala. Penumpang bas tetap sibuk seperti sebelumnya, namun perkara yang perlu diselesaikan telah sampai ke penghujungnya. Tetapi adakah penumpang akan menunaikan janjinya dengan mengikut si driver menuju ke destinasi seterusnya? Atau adakah penumpang bas akan menukar haluan dan menumpang driver lain? Jawapannya hanya ada pada si penumpang. Driver bas hanya menunggu, menunggu dan terus menunggu sambil bertawakal. Apa yang akan terjadi, dia akan redha. Kerana setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya. Allah itu Maha Berkuasa. Dia tidak akan membiarkan hamba-Nya pulang dengan tangan kosong.
Namun, driver bas tetap bersyukur kerana selama dia menunggu, si penumpang tidak pernah melupakan nya. Sesibuk mana pun si penumpang, dia tetap akan menjenguk dan menyampaikan khabar berita. Itu sudah cukup membuatkan driver bas senang hati.
Hanya satu harapan driver bas, semoga si penumpang selamat menyelesaikan perkara beliau dan kembali mengikutinya kembali menuju ke destinasi...