Monday, July 19, 2010

Perhentian Kasih (Part 3)

"Maaf bang, saye ade hal tadi.. Saya mintak maaf banyak-banyak buat abang menunggu lame.” Driver bas menganggukkan kepala tanda paham tanpa bersuara sepatah pun. Dalam hatinya, beliau bersyukur kerana orang yang ditunggu telah tiba. “Bang, nanti saya nak berhenti lagi ek, saya nak settlekan mane yang perlu. Saya harap abang tak mara kite asik berhenti je. Saya bukan suka-suka nak berhenti ni bang, tapi keadaan memaksa. Hal banyak yang perlu diselesaikan. Insyaallah lepas selesai semua ni, kita teruskan perjalanan ke destinasi tu ek.” Panjang lebar penjelasan si penumpang. Driver bas hanya mampu menganggukkan kepala.

Setelah beberapa ketika, si penumpang meminta kebenaran untuk turun, ”Bang, kali ni saya nak turun lame sikit. Mungkin amik masa yang lama.” Penumpang terus berlalu setelah meninggalkan sedikit pesan. Tinggallah driver bas terkebil-kebil dalam kenderaan nye.

Selang beberapa ketika, driver bas mula dihujani pelbagai perasaan. Hasutan syaitan semakin kuat membuatkan driver bas mula was-was terhadap penumpang. “Perlu ke aku menunggu lagi? Atau ni hanya permainan licik penumpang tu untuk kenakan aku” bisik driver bas sendirian. Perasaan berbelah bahagi wujud dalam diri driver bas. Dia ada terfikir, nak je tinggalkan penumpang itu di perhentian, tapi disebabkan akal masih waras dan mempunyai prinsip diri, dia membuat keputusan untuk menunggu.

Tiba-tiba tanpa diduga, penumpang yang ditunggu tadi tiba berhampiran. Perasaan driver bas bercampur baur. “Alhamdulillah, datang jugak dia ni”, bisik driver bas. Namun kedatangan penumpang hanyalah sementara, hanya untuk memberitahu driver bas yang dia akan mengambil masa yang lama untuk selesaikan masalahnya. Driver bas mengerti, segala perasaan was-was dan buruk sangka hilang serta merta. Keyakinan driver bas kembali meningkat.

“Abang kalau tak boleh tunggu saya, abang jalan je la dulu, saya kena amik masa yang lama ni”, pesan penumpang kepada driver bas. “Kalau ada penumpang lain, abang ambil je la” tambah si penumpang. Terdiam sebentar driver bas, “biar betul dia ni, sebelum ni cakap nak ke destinasi tu, tapi skang macam ni plak? Tak pernah plak aku terfikir nak ambil penumpang lain, penumpang yang seorang ni pun tak tertunggu, janji pun aku tak tunaikan lagi, ni kan plak nak ambil penumpang lain.. Lagi la banyak kerenah nanti, baik aku tunggu je kat sini sampai die selesaikan urusannye.” Driver bas membebel keseorangan.

Untuk kepastian dari mulut penumpang, driver bas bertanya,” Betul awak nak teruskan perjalanan lepas ni? Tetap nak naik bas saya ni?”. “ Saya nak teruskan perjalanan ngan abang la, kan sebelum ni abang da janji nak anta saya, tapi saya nak selesaikan dulu benda ni, abang boleh tunggu tak?” balas penumpang itu. Mereka bersoal jawab beberapa ketika untuk kepastian. Setelah masing-masing berpuas hati dengan jawapan yang diberi, barulah driver bas dan penumpang itu senang hati. Driver bas senang hati kerana die tetap ada penumpang untuk dihantar, sedangkan penumpang itu bersyukur kerana dia tetap mempunyai si driver untuk menghantar ke destinasi.

Agak lama mereka berbual, tibalah masa untuk berpisah sementara. Penumpang menyelesaikan urusannya dan driver bas menunggu dan terus menunggu sehingga kembalinya semula si penumpang itu untuk meneruskan perjalanan. Terbit satu rasa semasa perpisahan sementara itu. Masing-masing walaupun cuba untuk bergembira dan berlagak biasa, namun jauh di sudut hati mereka berdua tetap timbul perasaan sayu. Driver bas membiarkan penumpang berlalu pergi,dia berkeyakinan tinggi. Kita hanya merancang, Allah yang menentukan, bisik driver bas sambil menuju ke tempat rehat. KEPERCAYAAN! Itulah yang dipegang mereka. Walau selama mana pun masa yang diambil...


4 comments:

  1. ish..
    byk makna tersirat dalam st0wy neyh..
    percaye.. setia.. berfikiran p0sit0f..
    aha.. i l0ike!
    cepat la update lagi ; )

    ReplyDelete
  2. d_tieah - yup =)
    chan - hehe,mmg byk yg tersirat..da bce part 1 n 2??

    ReplyDelete
  3. bykkn bersbr..jgn terlalu lemah dgn hasutan syaitan kerana hasutan syaitan akn membuat hubungan yg bru terbina kucar kacir..so,percayalah satu sama lain...sabar dan terus bersabar.. :)

    ReplyDelete