Wednesday, December 8, 2010

Perhentian Kasih (Part 4)

Lama da tinggalkan benda ni, da boleh dikatakan berhabuk daa.. Mungkin ni boleh dikatakan sambungan dari Part 1, Part 2 dan Part 3...

Lama sudah menyepi, kini kembali seperti sediakala. Penumpang bas tetap sibuk seperti sebelumnya, namun perkara yang perlu diselesaikan telah sampai ke penghujungnya. Tetapi adakah penumpang akan menunaikan janjinya dengan mengikut si driver menuju ke destinasi seterusnya? Atau adakah penumpang bas akan menukar haluan dan menumpang driver lain? Jawapannya hanya ada pada si penumpang. Driver bas hanya menunggu, menunggu dan terus menunggu sambil bertawakal. Apa yang akan terjadi, dia akan redha. Kerana setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya. Allah itu Maha Berkuasa. Dia tidak akan membiarkan hamba-Nya pulang dengan tangan kosong.

Namun, driver bas tetap bersyukur kerana selama dia menunggu, si penumpang tidak pernah melupakan nya. Sesibuk mana pun si penumpang, dia tetap akan menjenguk dan menyampaikan khabar berita. Itu sudah cukup membuatkan driver bas senang hati.

Hanya satu harapan driver bas, semoga si penumpang selamat menyelesaikan perkara beliau dan kembali mengikutinya kembali menuju ke destinasi...

Tuesday, October 19, 2010

20.10.2010

akhirnya
masa ini telah tiba
banyak perkara telah berlaku
telah mengajar aku erti kehidupan
untuk menjadi seorang insan
kita hanya merancang
Allah yang menentukan segala-galanya
setiap yang berlaku
Allah telah tetapkan
ada kebaikan untuk hamba-Nya
terima kasih pada semua rakan-rakan

Friday, September 24, 2010

The Day...

22 September...
Sekejap masa berlalu...
Terlalu banyak jasamu...
Terlalu besar pengorbananmu...
Maafkan segala kesilapan selama ini...
Terima kasih tak terhingga...

Wednesday, September 8, 2010

Salam Aidilfitri


Assalamualaikum...

Hari ni merupakan hari terakhir kita berpuasa pada tahun 1431H, di kesempatan ini, saya memohon kemaafan buat teman-teman, sepanjang kita berkenalan ni, banyak salah dan silap antara kita..

Segala kutukan, umpatan, makian, gurauan yang terlebih dan apa jua yang buat teman-teman sakit hati dan terasa hati selama kita berkawan, maaf kanlah...

Halalkan makan dan minum (*rokok termasuk gak :)) kepada teman-teman yang pernah berkongsi hidup dengan ku.. miss u all (esp. sakura sons)

Harap dimaafi segala kesalahan dan kesilapan dan semoga Aidilfitri ini membuka lembaran baru dalam hidup kita semua...

Harap-harap kita berjumpa di Ramadhan akan datang...

Dan jika Ramadhan akan datang diri ini tiada, sudi-sudikan lah sedekahkan Al-Fatihah untuk diriku..

Selamat hari Raya Aidil Fitri Maaf Zahir Batin

*Muhammad Rifdi B. Mohammad Roslan@didie@dd7
SMKCP/UiTM K.Pilah 06/UiTM Sarawak 07-10/Sakura sons/FrenzyFm

Saturday, September 4, 2010

Hilang


indahnya sinaran cahaya,
menjadi pelangi diwaktu senja,
adakah hanya janji bermula,
yang dulu tidak pernah ku duga...

ku cuba meniti kata-kata,
yang dulu bersama kita janjikan,
pernahkah kau menghembuskan angin,
di saat hati menikam hati...

masihkah kau belum penuh mengerti,
bukan itu hanya tuk diriku.
seharusnya kau menghargai,
sesat tidak mudah untuk diriku,

ku cuba meniti kata-kata,
yang dulu bersama kita janjikan,
pernahkah kau menghembuskan angin,
di saat hati menikam hati ...

perit bercinta,
buat seluruh dunia berubah duka,
itu tidak bermakna,
kita akan hidup mati bersama...

masihkah kau belum penuh mengerti,
bukan itu hanya tuk diriku,
seharusnya kau menghargai,
sesat tidak mudah untuk diriku,
selalu...

Monday, August 16, 2010

Hidupku Hidupmu...



Aku...
hanya seorang lelaki,
yang hidup tanpa tulang rusuk yang sempurna...
ingin seorang wanita yang bisa..
membuatku gembira,
ketawa,
duka,
dan selesa bila bersamanya...
aku rindukan wanita itu,
yang datang dari rusukku,
dia amat memahamiku,
pandai memujukku,
dapat merasa kesedihanku...
dia...
sentiasa ada disaat aku memerlukannya...
namun kini,
rusukku telah hilang,
aku terbaring lemah, tidak bermaya..
hanya bertemankan rindu...
cuba terus bertahan untuk hidup...

Tuesday, August 10, 2010

(*,*)v

Salam... Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak kepada semua. Semoga Ramadhan kali ini membawa keberkatan yang lebih kepada kita semua.

Da lama tak update blog sampai da ber'habuk' da blog aku ni, Perhentian Kasih pun tak dapat diupdate, skang ni sedikit busy. Asik-asik keje je. Kuar umah pagi balik tengah malam. Mase dengan family pun kurang. Maklum la, bulan puasa ni tak dapat nak overtime lagi. Skang ni gasak sikit la keje =)

Masuk bulan ramadhan ni, teringat plak masa berada kat Sarawak sebelum ni. Rindu dekat kawan-kawan, kat kaum kerabat. Semoga korang semua sihat-sihat belaka. Rindu nak lepak ngan korang, rindu nak main futsal ngan korang, rindu nak puasa ngan korang. Bulan puasa kali ni jangan gi santubong lagi ek, merdeka bulan puasa ni. Nanti jadi macam tahun lepas. Hahaha.. Jangan mandi swimming pool lagi =p


Kaum Kerabat ku...


Pagi merdeka (2009) di santubong..wakaka, rindu plak time ni..


Serius, ntah kenapa bila datang je ramadhan kali ni, rindu gila kehidupan kat Sarawak bersama kaum kerabat. Sayu je ati ni =p Ramadhan kali ni gak dapat puasa bersama family sebulan, sebelum ni dapat beberapa hari je, kalo balik dari Sarawak awal, dapat la. Tapi tu pun kene bahagikan dengan nak buka bersama membe-membe.

Alhamdulillah, bulan Ramadhan kali ni rezeki pun murah, aku dapat kerja kat Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB). Cuma tak tau lagi bila masuk, skang tengah tunggu dieorang paggil je..

ok la, tak nak menceceh banyak =) Semoga korang semua diberkati Allah dan dimurahkan rezeki di bulan Ramadhan kali ni.